Saya ...

My photo
Saya bukan sesiapa... saya tidak punya apa... hanya seseorang yang berdoa dan berharap agar satu hari nanti, hidup ini akan lebih bererti...

Followers

Thursday, September 27, 2012

Setitis Air Mata...


Setitis air matanya jatuh…
Menitis dikala malam berlabuh diiringi muzik semulajadinya…
Indahnya sungguh bila malam…
Yang sepatutnya dia juga gembira meniti hari baru esoknya…

Setitis air matanya jatuh…
Bila malam semakin larut dan manusia mulai dibuai mimpi indah…
Untuk meniti hari-hari esoknya…
Bila manusia menikmati hidup sosialnya…
Bila manusia menikmati manis setiap saat masanya…
Bila manusia lalai dan leka…
Sedang dia menepis tirai jendela…
Melihat malamnya sunyi…kosong…
Melihat lampu-lampu jalan dikejauhan yang kelihatan suram…
sempat mensyukuri...
betapa indahnya….
Melihat awan yang diterangi cahaya terang sang bulan…

Setitis air matanya jatuh…
Membasahi bantal tidurnya…
Dikala malam semakin buta…
Tiada yang tahu isi hatinya…
Tiada siapa pun…
selimut seperti memahami...
cuba memeluk dirinya…
cuba menghangatkan dirinya...
cuba menenangkan memujuknya untuk lelapkan mata…
bantal mengesat air matanya…
cuba keringkan pipinya supaya esok tidak berbekas…
lelapkanlah matamu dan lupakanlah hari-hari yang sudah berlalu…

Setitis air matanya jatuh…
saat dia terjaga dari mimpi tidurnya...
bila matahari mulai menampakkan dirinya…
disebalik tirai terserlah keceriaan hari baru…
dia melangkah perlahan menuju jendela…
menyelak tirai membenarkan cahaya indah masuk…
cuba untuk menceriakan suasana hening pagi…
yang cuba masuk kedalam hatinya…
namun hati belum bersedia..
mendung masih menguasai hati…
oh alangkah indahnya jika hati ini juga seindah dan seceria suria pagi…

Setitis air matanya tidak akan jatuh…
bila dihadapan keluarganya...
dihadapan sumber kekuatannya...
gurau dan senda melepaskan berat beban hatinya…
gelak tawa memujuk hatinya kembali senyum…
untuk kembali riang tertawa…
bila kekuatan itu terasa mulai ada…
mendung hati mula berarak…
pergilah kau mendung pergi menjauh…
dengan harapan semoga mendung jangan datang lagi…

Namun…
Setitis air matanya jatuh…
kala hari mulai senja…
kala bumi ditimpa hujan, guruh dan kilat…
hujan alam selebat hujan dihatinya...
saat dia mulai untuk lelap…
terasa air jernih bergenang cuba mengalir membasahi pipinya…
dan semula…
membasahi bantal tidurnya…
membasahi tilam empuknya…
membasahi selimut hangatnya…
malam yang sama datang berulang….
Suram dan mendung tetap kembali…
sampai bilakah air mata itu akan jatuh??
Sampai bilakah air mata itu akan mulai kering??
Kenapa manusia akan sering merasa sedih???
kenapa manusia perlu untuk menangis???
Airmata kini peneman setia malamnya…
Bilakah semua itu akan berakhir…
Tiada siapa akan bertanya sebabnya….
Tiada siapa akan tahu semuanya…
Tapi.. ketahuilah…
Itu semua hanya…
Kerana kamu…


Nukilan,
~HatiSakura~




Friday, August 17, 2012

Salam Aidilfitri 2012

Ermmm... Raya untuk saya tahun ni berbeza sikit... kalau tahun2 sebelum ni mesti beraya di kampung... paaaaaaling best n meriah dapat kumpul ramai2 dengan Family Do'See tersayang... tahun ni nampaknya saya terlepas ziarah kubur atuk n nenek tercinta (Al-Fatihah)...terlepas konvoi family pusing2 tambunan, ranau n keningau untuk jemputan rumah terbuka... terlepas kumpul2 dgn Do'See Pamilia raya pertama (tahun ni turn rumah kak lina) terlepas acara bermaafan (sampai sebak ni tgk suma berpelukan saling minta maaf..huhuhu... apapun saya mohon maaf dari kejauhan saja la k pamilia suma...) terlepas salam mama n bapa (huhuhu :( ) terlepas merasa betapa bestnya kumpul2, makan2 n ceta2 smpai malam, main bunga api ramai2...ekekekek (jangan kamu heran aarr.. kami kuarga Do'See suma main bunga api.. dari budak2 smpai org tua... time ni terasa ikatan kekuargaan tu makin rapat n lebih erat....bestnyaaaa...huhuhu..miss uols pamiliaku...sob..sob..)

Tahun ni saya berhari raya dengan kuarga adik ipar di kedah (kuarga mentua c AnaHz)... esok pagi kami bertolak... ermm..segan juga beraya tempat orang ni sebab x tau keadaan mcmmana... mesti berbeza... tapi xpa la...apa salahnya sekali sekala terasa beraya tempat orang kan...(kasi senang2 ati sendiri dulu...hehehe...)

(kalau ada pix Do'See Pamilia raya tahun ni, Insyallah... buli tumpang2 culik untuk kenangan letak dalam blog ntah2 ni...kannn... kannn... kannn.... hehehe **ramai juga tu photographer pamilia sono...)

Apa pun, SELAMAT HARI RAYA Do'See Pamiliaku... Maaf zahir dan Batin... biar kita kosong-kosong okkkkkk......I Love U all.. flying kiz dari kejauhan... Muah.. Muahhh >_<












Tuesday, August 14, 2012

Happy Birthday Awak..

Kamu...
walaupun sudah lama berlalu... saya tidak pernah lupa tarikh lahir kamu...  walaupun kamu lupa atau mungkin tidak pernah tahu tarikh lahir saya, untuk kamu pula saya sebaliknya... untuk pengetahuan kamu masa birthday saya dulu, walaupun ramai yg wish... tapi bukan dorang dorang  yang saya tunggu...saya cuma tunggu wish dari kamu....  saya bukan harapkan hadiah but juz sms kamu wish "happy birthday" pun cukup... tapi.... apa ble buat... kamu 'mungkin' lupa......tidak... kamu memang lupa... (saya faham..huhuhu...) ermmm... xpa la... saya sudah lupakan semua itu....

Hmmm...sebenarnya niat hati mahu meraikan hari kamu malam ni, tapi kamu owez busy...busy..n busy...  saya x mahu ganggu... so, saya buat entry ni saja untuk abadikan kenangan ucapan birthday utk kamu tahun ni dalam blog yang hentah apa2 ni... hohoho... (kamu nampak atau tidak, peduli atau tidak, belakang ceta :p)

(ehem ehem...<--ejas sound)
Dengan ini saya berikrar...upsttttt... terrrsilappp... "maafkan saye".. ehemm... Di kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan selamat buat kamu... seseorang yang saya anggap sahabat istimewa yang bertakhta dalam hati... ^__^

"Happy Birthday to youuuu... Semoga dihari lahirmu ini kamu dimurah rezeki, diberikan kesihatan yang baik, diberikan umur yang panjang, diberikan JODOH yang baik, cantik dan SEMPURNA (walaupun sebenarnya tiada manusia yang sempurna didunia selain daripada cuba saling melengkapi..) semoga sentiasa CERAH ceria.. stay cool, stay hensem, stay macho, stay cute dan 'stay2' yang sewaktu dengannya... sentiasa happy menjalani kehidupan harian yg 'owez busy'...dan juga semoga semua semua semua semua semuaaaaaaaa yang TERBAIK, TERISTIMEWA dan TERHEBAT milik kamu  di tahun baru kamu dan di tahun2 yang mendatang... Aminnnn... OOoooopssttt! sebelum saya terlupa, 'akhir kata' semoga sentiasa "BUSY"... hekhekhek  (i'm sorryyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy!!! <--baca style Amir Raja Lawak tau!)

Ikhlas dari..

SAYA...



**The End :p


Friday, June 22, 2012

Rahsia Tahi Lalat...



Tahi lalat bawa maksud tersirat...??? hermmm... jum main cek2 tahi lalat... kita tengok firasat dibawah... hahaha....

(Sekadar firasat ok... apa pun semua yang baik datang dari Allah... yang buruk itu dari diri kita sendiri... hehe)



Renung2kan... dan selamat merujuk... hik hik hik

Thursday, June 21, 2012

Tentang Dia... (Part 3)

Hari Berlalu berganti bulan ke tahun... perjalanan hidup saya x menentu dengan si KWN yang mempertaruhkan budi untuk berkawan... so, sepanjang bertahun-tahun merancang, xda satu pun projek yang digemburkan menjadi...  sikap si kWN sendiri menyebabkan diri jatuh... saya dan si KWN akhirnya membawa haluan masing2 kerana x sefahaman... saya amik keputusan x mahu lagi bersama dalam menguruskan apa2 pun perkara yang x 'berfaedah'...  kerana ego dan rasa diri terhebat, akhirnya semua perbuatan makan diri kau sendiri... dengan menyalahkan orang lain, kau hilang meninggalkan masalah.. hermmm....(semoga dijauhkan dengan orang seperti ini di masa akan datang... )


>>>

Tuesday, June 19, 2012

Tentang Dia... (Part 2)


Setahun lebih berlalu, hujung tahun 2006... saya dapat surat jemputan untuk datang konvokesyen… saya rasa teruja!! 1st dalam fikiran, saya akan nampak dia lagiii…!! masa raptai sehari sebelum konvo tu, saya nampak dia dengan kawan2 lain… masih jelas di ingatan saya, dia pakai baju itu…baju corak askar..  esoknya juga masa konvo tu, mata saya mencari dia semula di antara ribuan pelajar... dari jauh saya nampak dia....hati berdebar.. tapi saya x puas hati... sebab selesai saja konvo… dia hilang lagi……dan lagi……saya x tau dia dimana……so…..ako kembali memendam …(ohmyheart!!) masa nak balik, saya x amik flite balik sabah... saya amik flite ke KL dulu... so for da last di airport Kuching tu …. I say….bye bye pencuri hatiiiiku yang masih  disini yang entah dimanaa….… when we’ll meet again…?? i'm so sure dat i will miss u again and again and again…
>>>

Tentang Dia... (Part 1)

Sakitnya DIABAIKAN… … …  Oh goddddd.. yah.. saya mengaku saya terasa diabaikan! memang sakit sangat2… … begini  ka rasa sakit bila diabaikan oleh seseorang yang kita  sayang and care….?? huhuhu... Bila kita rindu, mesti la kita  sms... kan…? ya la..saja mau tau apa aktiviti dia masa tu..…bukan mau menyibuk… tapi kalo org tu x sudi dan rasa rimas, dia xkan balas sms kita… kalau sms kita x berbalas?? maksudnya ‘dia mau kita JANGAN KACAU…’ betul kan.. so, bila  ‘warning senyap’ tu kita sedar, bila kita ada akal dan gerak hati yang kuat, tentunya kita akan berfikir, so pikir la…jangan lagi kita sibuk2 nak  MENYIBOK!!  :( (tapi kadang2 saya x kisah... saya sms juga... sms tu be buat orang menyampah ka?? tetttttttttttttt......) 
>>>