Saya ...

My photo
Saya bukan sesiapa... saya tidak punya apa... hanya seseorang yang berdoa dan berharap agar satu hari nanti, hidup ini akan lebih bererti...

Followers

Thursday, September 27, 2012

Setitis Air Mata...


Setitis air matanya jatuh…
Menitis dikala malam berlabuh diiringi muzik semulajadinya…
Indahnya sungguh bila malam…
Yang sepatutnya dia juga gembira meniti hari baru esoknya…

Setitis air matanya jatuh…
Bila malam semakin larut dan manusia mulai dibuai mimpi indah…
Untuk meniti hari-hari esoknya…
Bila manusia menikmati hidup sosialnya…
Bila manusia menikmati manis setiap saat masanya…
Bila manusia lalai dan leka…
Sedang dia menepis tirai jendela…
Melihat malamnya sunyi…kosong…
Melihat lampu-lampu jalan dikejauhan yang kelihatan suram…
sempat mensyukuri...
betapa indahnya….
Melihat awan yang diterangi cahaya terang sang bulan…

Setitis air matanya jatuh…
Membasahi bantal tidurnya…
Dikala malam semakin buta…
Tiada yang tahu isi hatinya…
Tiada siapa pun…
selimut seperti memahami...
cuba memeluk dirinya…
cuba menghangatkan dirinya...
cuba menenangkan memujuknya untuk lelapkan mata…
bantal mengesat air matanya…
cuba keringkan pipinya supaya esok tidak berbekas…
lelapkanlah matamu dan lupakanlah hari-hari yang sudah berlalu…

Setitis air matanya jatuh…
saat dia terjaga dari mimpi tidurnya...
bila matahari mulai menampakkan dirinya…
disebalik tirai terserlah keceriaan hari baru…
dia melangkah perlahan menuju jendela…
menyelak tirai membenarkan cahaya indah masuk…
cuba untuk menceriakan suasana hening pagi…
yang cuba masuk kedalam hatinya…
namun hati belum bersedia..
mendung masih menguasai hati…
oh alangkah indahnya jika hati ini juga seindah dan seceria suria pagi…

Setitis air matanya tidak akan jatuh…
bila dihadapan keluarganya...
dihadapan sumber kekuatannya...
gurau dan senda melepaskan berat beban hatinya…
gelak tawa memujuk hatinya kembali senyum…
untuk kembali riang tertawa…
bila kekuatan itu terasa mulai ada…
mendung hati mula berarak…
pergilah kau mendung pergi menjauh…
dengan harapan semoga mendung jangan datang lagi…

Namun…
Setitis air matanya jatuh…
kala hari mulai senja…
kala bumi ditimpa hujan, guruh dan kilat…
hujan alam selebat hujan dihatinya...
saat dia mulai untuk lelap…
terasa air jernih bergenang cuba mengalir membasahi pipinya…
dan semula…
membasahi bantal tidurnya…
membasahi tilam empuknya…
membasahi selimut hangatnya…
malam yang sama datang berulang….
Suram dan mendung tetap kembali…
sampai bilakah air mata itu akan jatuh??
Sampai bilakah air mata itu akan mulai kering??
Kenapa manusia akan sering merasa sedih???
kenapa manusia perlu untuk menangis???
Airmata kini peneman setia malamnya…
Bilakah semua itu akan berakhir…
Tiada siapa akan bertanya sebabnya….
Tiada siapa akan tahu semuanya…
Tapi.. ketahuilah…
Itu semua hanya…
Kerana kamu…


Nukilan,
~HatiSakura~