Saya ...

My photo
Saya bukan sesiapa... saya tidak punya apa... hanya seseorang yang berdoa dan berharap agar satu hari nanti, hidup ini akan lebih bererti...

Followers

Saturday, May 28, 2011

TerHutang BUDI

Budi...mesti ramai yang sangat biasa dengar dengan perkataan ini....saya sebenarnya tidak  pasti apa definisi yang sangat tepat untuk budi...selalu dengar peribahasa orang cakap ...."hutang emas boleh di bayar, hutang budi di bawa mati"..."orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa"... dan macam2 lagi peribahasa melayu berkaitan dengan budi...ermmm......terlalu besar makna budi...



Bila bercakap pasal budi, bab terhutang budi yang paling menakutkan...siapa pun mungkin tidak mau terhutang budi sama orang lain... takut jadi isu berbangkit kemudian hari... maklumlah sudah namanya "Hutang"...adakah itu perlu di bayar balik??? tapi macam mana??? adakah perlu di bayar balik dengan budi juga..????...(blurrrr..) bukankah budi untuk dikenang???

cikidaut >>>



Dulu saya selalu ingatkan pada diri sendiri...jangan sampai terhutang budi pada orang...pernah dengar cerita macam2 hal berkaitan budi...tapi takdir Tuhan untuk kita siapa yang tahu... saya tidak mahu menerima budi, oleh sebab itu saya sentiasa beringat, tapi bila orang yang menabur budi bersumpah ikhlas atas nama Allah dan demi hubungan kekeluargaan yang sudah terjalin....demi menjaga hati, tanpa keraguan dan tanpa was2... budi yang di tabur, d terima jugak dengan happynya….(( <-- huhuhu...bermulanya satu penyesalan yang tidak berakhir..))... <-- pengajaran!!!lain kali tetapkan pendirian!!~ L



Ada orang bilang, orang yang menerima budi selalunya akan demand...hanya tahu mengambil kesempatan untuk meminta2 budi lagi, lagi  dan lagi...tapi tidak semua orang yang menerima budi bersikap begitu…ada yang memang betul2 tidak berkemampuan (ini xpa la juga, kalau memang patut d tolong, tolong la dengan seikhlasnya....)..… tapi ada orang menerima budi kerana d paksa untuk menerima…(percaya atau tidak…terpulang…paling sandi…).. <--bukan tidak bersyukur…. sangat bersyukur ada orang terlalu mengambil berat



Tapi ada orang yang berbudi ni, lagi demand.. menabur budi sesuka hati kerana bangga diri dan terlalu suka bila rasa diri semakin d sanjung dan d hormat....??~~~hidung pun semakin tinggisemakin mancung mengalahkan orang puteh~~((orang2 mcm ni la yang berbudi bukan dengan keikhlasan sepenuh hati tapi mengharapkan balasan... <-- entah apa maksud ikhlas bagi mereka2…huhu))...



Lagi parah bila kita tidak mahu terima budi tu, tapi dia pulak yang terhegeh2 nak memberi..~~sambil merayu… terima sajalah…REZEKI <--atas alasan “rezeki jangan d tolak, musuh jangan d cari..??”…hishhh.....tapi bila orang dah ambik (dengan muka terpaksa), d canang pulak sesuka hati sana sini budi itu dan ini yang sudah d tabur??? ((<--ni lagi satu sikap yang sangat teruksss…berdoalah kita d jauhkan dengan manusia seperti ini kemudian hari…)) Apakah niat d sebalik kejadian..??? hanya Allah yang Maha Mengetahui



Pendapat peribadi saya, macammana pun, orang berbudi tu cakap ikhlas itu dan ini, pasti akan di ungkit juga suatu hari nanti... ((saya bukan tujukan kepada semua orang okay...cuma segelintir saja...sebab bukan juga semua orang bersikap begitu... orang yang betul2 ikhlas berbudi kerana ALLAH tidak mengharapkan apa2 balasan…<--ini yang perlu saya ulang berkali2...huhu)).. bukan juga jadi kacang lupakan kulit tapi ini la kenyataan… Ramai orang berbudi akan mengharapkan balasan…tidak banyak, “berniat” sedikit pun boleh d katakan tidak ikhlas…  Tetapi sangat sedikit orang yang berbudi, ikhlas kerana Allah…



So, sapa rasa2 nak berbudi, kenalah ikhlas sepenuh hati…ikhlas seikhlas2nya...pasti akan dapat kepuasan hati bila dapat berbakti untuk orang lain dengan keikhlasan sebenar..tidak perlu berniat meminta balasan apa pun kerna orang yang menerima budi belum tentu akan dapat membalasnya... hanya Allah yang dapat membalas kebaikan anda… d samping beramal dapat Pahala..Syukur Alhamdulillah….<-- bukankah tangan yang memberi lebih mulia dari tangan yang menerima..???



Kalau harapkan balasan semata2, lebih baik tidak payah berbudi…Allah tahu setakat mana keikhlasan kita untuk berbudi… lagipun tidak bagus mengungkit apa yang sudah d beri…. kalau cakap ikhlas, ikhlaskanlah zahir dan batin....Yang menerima budi semestinya hanya mampu mengucap syukur..“Terima Kasih banyak2...budi anda tetap akan d kenang sampai mati…InsyaAllah..hanya DIA yang mampu membalas semuanya..." <-- dengan senyuman manis dan paling ikhlas....<--tidak cukupkah dengan ini???



Pengajaran untuk saya (berdasarkan pengalaman hidup semata)….jangan menerima budi sembarangan…walau dari siapa pun sekiranya masih tidak perlu dan selagi masih mampu mengelak, elakkan… kerana bila sudah dalam lingkungan itu, !#$#$%^blaaa&*((()(blaaa**&%%%$blaa##$%^… <-- hanya yang mengalami dapat memahami…huhuhu 





BUDI bukan untuk dikembalikan atau dipulangkan. Itu bukan kewajiban. Kalau seseorang individu pernah menolong kita dalam satu-satu perkara, tidak ada autoriti yang boleh menyuruh kita untuk menolong dia suatu hari nanti apabila dia memerlukan, hanya kerana itu.. 




Ganjaran untuk orang yang berbudi, tidak kiralah kepada siapa budinya diberi, adalah anugerah dan rahmat Tuhan. Manusia – terutamanya Muslim – perlu belajar membentuk pandangan dunia (worldview) bahawa daripada tangan siapapun sesuatu sampai, ia digerakkan oleh Allah S.W.T., supaya tidak timbul masalah pergantungan melampau dengan manusia sampai lupa apa yang Allah suruh buat…





Hancur badan d kandung tanah, budi yang baik d kenang juga…
((budi baik orang haruslah diingat selama-lamanya, kerana budi bahasa tak dapat dibayar dengan wang.,,))




P/s :: Budi yang pernah d terima akan saya kenang sampai bila2...sampai mati...Walaupun saya tidak mampu membalas, tidak bererti saya tidak menghargai...sekian terima kasih...









No comments: